Privasi
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya pengguna membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Siapa kami
Halaman lensamaya (https://www.lensamaya.com) ialah laman web syarikat tempatan yang menawarkan khidmat pembinaan laman web.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa pengguna melayari laman ini kecuali apabila pengguna mendaftar sebagai pelanggan atau maklumat yang dikemukakan oleh pengguna ketika berhubungan melalui emel.
Komen
Apabila pengguna meninggalkan komen di laman web ini, alamat emel dan alamat IP akan direkodkan untuk tujuan kemudahan pengguna dan keselamatan laman ini.
Pautan
Laman ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, pengguna akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.