Yii Framework

Apa Itu Yii Framework
Yii ialah PHP framework sumber terbuka(Open Source) berprestasi tinggi untuk membangunkan aplikasi web. Ia berdasarkan corak seni bina Model-View-Controller (MVC) dan terkenal dengan kelajuan, keselamatan dan kecekapannya. Yii menyasarkan untuk menyediakan asas yang fleksibel, boleh digunakan semula dan boleh diperluaskan untuk membina aplikasi web, terutamanya aplikasi yang berskala besar..Yii boleh digunakan untuk membangunkan pelbagai aplikasi seperti laman web, eCommerce, CMS, laman rangkaian sosial, logistik dan penghantaran.
Ciri-ciri Yii Framework
1. Seni Bina MVC
Seni bina MVC membentuk asas Yii. Seni bina ini memisahkan aplikasi kepada tiga bahagian, iaitu Model (logic and data), View(Presentation Layer) dan Controller(user input handling and application flow). Seni bina ini berguna untuk mengatur dan mengekalkan kekemasan kod.
2. Penjanaan Kod dan Gii
Ciri penjanaan kod Yii berguna untuk sesetengah pembangun web. Tidak perlu mula menulis kod dari awal, Gii boleh menjana kod secara automatik untuk models, controllers, forms dan modules.
3. Rekod Aktif
Yii juga memudahkan pengurusan pangkalan data menggunakan Active record data. Ia membolehkan pembangun PHP berinteraksi dengan pangkalan data menggunakan antara muka berorientasikan objek yang mudah dan intuitif. Ini memudahkan operasi pangkalan data. Ciri migrasi pangkalan data juga membenarkan versi dan mengurus perubahan skema pangkalan data dari semasa ke semasa. Ini amat berguna dalam mengekalkan dan mengembangkan struktur pangkalan data semasa, seiring dengan perkembangan aplikasi.
4. Pembangunan API RESTful
Yii menyokong pembangunan API RESTful, menjadikannya sesuai untuk membina perkhidmatan web. Pembangun boleh mendedahkan fungsi aplikasi mereka dengan mudah melalui RESTful endpoints untuk tujuan tertentu seperti penyepaduan antara aplikasi.
5. Mekanisme Caching
Yii memiliki sistem caching fleksibel yang menyokong pelbagai mekanisme termasuk cache file dan database. Caching membantu meningkatkan prestasi aplikasi dengan mengurangkan keperluan untuk menjana semula data atau melaksanakan operasi menggunakan banyak server resources.
6. Pengendalian Ralat dan Logging
Yii menyediakan mekanisme pengendalian ralat dan logging yang mantap. Pembangun boleh menetapkan konfigurasi pengendalian ralat, mesej log dan maklumat nyahpepijat untuk membantu dalam menyelesaikan masalah dan penyelenggaraan aplikasi.
Kebaikan Yii Framework
1. Kos Rendah
Kos adalah salah satu faktor utama dalam sesuatu perniagaan kecil atau syarikat start-up. Yii framework adalah sumber terbuka yang boleh digunakan secara percuma. Tidak perlu membayar kos lesen untuk menggunakannya secara komersial. Bermakna anda boleh mencari pembangun PHP mampu milik dengan mudah untuk mengurangkan kos pembangunan.
2. Keselamatan dan Kepercayaan
Yii Framework mempunyai ciri keselamatan yang teguh. Keselamatan adalah penting apabila berurusan dengan data sensitif seperti maklumat pengguna. Kebanyakan perniagaan tidak mempunyai sumber mahupun masa untuk memberi tumpuan kepada keselamatan yang ketat.
Yii framework sangat menekankan isu keselamatan dengan pengesahan input, penapisan output dan perlindungan terhadap kelemahan web biasa seperti SQL injection dan cross-site scripting (XSS). Ia juga dilengkapi dengan mekanisme untuk mengendalikan authentication dan authorization. Ini membantu membina kepercayaan dengan pengguna dan rakan kongsi yang merupakan elemen penting untuk reputasi dan kejayaan perniagaan.
Pengendalian forms yang komprehensif dengan peraturan pengesahan adalah ciri built-in. Ciri yang memudahkan penciptaan dan pengesahan forms, mengurangkan kemungkinan ralat dan meningkatkan keselamatan input pengguna.
3. Sokongan Komuniti Kukuh
Yii framework mempunyai komuniti yang aktif dan sangat membantu. Ini membolehkan anda berhubung dengan kumpulan pembangun yang berpengalaman, penyelesaian yang tersedia untuk cabaran harian bagi pembangun baru, dan kemas kini dan penambahbaikan berterusan. Sokongan komuniti ini memastikan kemampanan framework ini, mengurangkan risiko pergantungan pada teknologi yang mungkin menjadi terbiar.
4. Memendekkan Masa Pembangunan
Masa pembangunan yang panjang adalah salah satu kebimbangan bagi perniagaan kecil. Ini kerana secara tidak langsung akan menyumbang kepada kos sumber manusia yang lebih tinggi. Penggunaan alatan penjanaan kodnya menyumbang kepada pembangunan yang lebih pantas. Pengurangan dalam masa pembangunan secara langsung menjimatan kos.
5. Pembangunan Mudah
Yii memudahkan proses pembangunan. Proses pembelajaran agak mudah dan dokumentasi yang lengkap membolehkan anda memulakan pembangunan dengan serta-merta.
Pengujian adalah satu lagi aspek unggul bagi Yii. Ia dilengkapi dengan alat ujian automatik yang dipanggil Codereception. Ujian automasi menjimatkan masa dan mencari ralat yang mungkin terlepas pandang oleh mata manusia.
Yii boleh dikembangkan secara semula jadi dan membolehkan pembangun menyepadukan libraries dan components pihak ketiga dengan cepat. Ia juga menyokong mencipta aplikasi modular, mempromosikan penggunaan semula kod dan kebolehselenggaraan.
Kekurangan Yii
1. Perkembangan perlahan
Kemas kini Yii agak jarang berlaku kerana komunitinya lebih kecil berbanding komuniti Laravel dan Symphony. Selain itu, penciptanya mempunyai sedikit masa untuk mengemas kini pembetulan pepijat yang dicadangkan di GitHub. Sesiapa saja boleh mengambil bahagian dan membantu pembangun Yii menangani pepijat dan menyumbang kepada pembangunan alat yang mereka gunakan. Jika sesetengah extension, method atau class tidak berfungsi dengan betul, anda perlu menunggu sehingga pepijat dibetulkan dan kemas kini kecil disediakan.
2. Pengalaman
Walaupun hakikatnya kekurangan pembangun berpengalaman, pembangun baru boleh mendapati diri mereka agak keliru dengan framework ini. Yii framework berorientasikan hasil yang bertujuan untuk pembangunan pantas. Untuk dapat menulis kod yang baik di dalamnya, seseorang pembangun itu perlu benar-benar memahami maksud peraturan Don’t Repeat Yourself, dan berhati-hati dan memahami kod.
3. Pembanguna Perlahan
Terdapat banyak libraries, disepadukan secara automatik ke dalam Yii tetapi hanya 20% daripadanya digunakan secara aktif. Jadi secara lalai, Yii menggunakan banyak sumber yang tidak diperlukan.